Selasa, 11 Oktober 2011

Masej Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Putra

Assalammualaikum wbrt. dan Selamat Sejahtera.

Kepada penduduk Taman Putra, Tangkak yang saya hormati dan kasihi. Saya berharap dan berdoa kepada Allah swt semoga seluruh penduduk Taman , Tangkak di dalam keadaan sihat dan ceria selalu disamping keluarga, jiran-jiran dan sahabat-handai.

Alhamdulillah, dengan usahasama serta kerjasama Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Penduduk Islam Taman Putra Ledang, , dapatlah Persatuan Penduduk Taman Putra menjalankan aktiviti pertamanya iaitu Majlis Mesyuarat Agung kali Pertama pada 15 hb. Oktober iaitu pada hari Ahad .

Di kesempatan ini, saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Islam Taman Putra ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan penduduk, Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Penduduk Islam  Taman Putra. Saya juga berharap agar kerjasama ini akan berterusan pada aktiviti-aktiviti yang akan pihak persatuan jalankan pada masa yang akan datang.

Sekian, salam hormat dari saya.

Wassalam.

”PENDUDUK BERSATU, MASYARAKAT CEMERLANG”

Yang menjalankan tugas,

ALi Sa
Pengerusi 


Isnin, 10 Oktober 2011

NOTIS MESYUARAT AGUNG KALI KE-1(PERTAMA) PERSATUAN PENDUDUK ISLAM TAMAN PUTRA SAGIL LEDANG JOHOR

Tarikh               :      15 hb Oktober  2011(Sabtu)
Masa                :     9.00 Malam
Tempat             :    No 203 Taman Putra Sagil Tangkak
                                        
3. Tuan/puan/saudara/saudari, adalah dijemput hadir bagi memenuhi tanggungjawab yang telah ditetapkan dibawah Fasal 8, Perlembagaan Persatuan ini.