Khamis, 30 Ogos 2012

Sempena Hari Kemerdekaan Ke-55 negara Malaysia yang bakal disambut pada tanggal 31 Ogos 2012 ini, Penduduk Taman Putra Sagil Tangkak  mengambil kesempatan untuk mengucapkan

“SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-55”

Kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada seluruh anggota Persatuan Penduduk Taman Putra Sagil.  Semoga dengan izin Allah SWT negara kita akan menjadi lebih maju, berjaya, aman, makmur, sentosa dan bersatu padu diantara berbilang kaum agar segala cita-cita kearah cara hidup yang lebih produktif seiring dengan keimanan yang kuat dan teguh.

Sama-samalah kita mendoakan keatas para pejuang dan pembela bangsa yang telah bersusah payah, mencurah keringat, harta dan menggadai nyawa demi memastikan hidup kita hari ini bebas dan merdeka, agar mereka semua dikurniakan dengan sebaik-baik balasan oleh Allah SWT di akhirat kelak.


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA

Isnin, 21 November 2011

Sekitar Perjumpaan Dengan Penghulu Mukim Tangkak




En. Mohd Safie Bin Amat
Penghulu Mukim Tangkak




GAMBAR - GAMBAR SEKITAR PERJUMPAAN BERSAMA PENGHULU MUKIM TANGKAK BERSAMA PENDUDUK ISLAM TAMAN PUTRA SAGIL LEDANG JOHOR

                  Tempat : Komplek Penghulu Mukim Sagil ,
                                 Pekan Sagil
                  Tarikh :  19hb November 2011
                   Masa  :  9.00 Malam

Kesudian Penghulu Mukim Tangkak En. Mohd Safie Bin Amat hadir dalam majlis tersebut bagi  membincangkan permasalahan dan permohonan peruntukan bagi :
a.Membina/membaiki surau,
b.Membina balairaya
c.Permainan kanak-kanak.
d.Pembinaan Jalan & Jambatan menghubungkan Surau ke Taman Ledang

Disamping itu juga dapat membincangkan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan masalah penduduk adalah suatu yang patut dibanggkan oleh penduduk Taman Putra Sagil kerana dalam ucapanya ada menyatakan Taman Putra lah Taman yang pertama dalam beliau bertugas di Tangkak adalah Taman pertama yang dibuat perjumpaan.
Perjumpaan tersebut berjalan dengan lancar dan mesra antara penduduk dan Penghulu dan berjanji akan membawa isu-isu yang dibangkitkan kepada pihah yang berwajib . 
</blink>Terima kasih Tok Penghulu</blink>  

Selasa, 8 November 2011

PERJUMPAAN BERSAMA PENGHULU MUKIM TANGKAK BERSAMA PENDUDUK ISLAM TAMAN PUTRA SAGIL LEDANG JOHOR

PERJUMPAAN BERSAMA PENGHULU MUKIM TANGKAK BERSAMA PENDUDUK ISLAM TAMAN PUTRA SAGIL LEDANG JOHOR

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Adalah dengan dengan hurmatnya saya mewakili AJK Persatuan Penduduk Islam Taman Putra Sagil  menjemput tuan/puan untuk menghadiri perjumpaan dengan Penghulu Mukim Tangkak pada masa dan tempat seperti berikut :

                  Tempat : Komplek Penghulu Mukim Sagil ,
                                 Pekan Sagil
                  Tarikh :  19hb November 2011
                   Masa  :  8.30 Malam

Kesudian dan kehadiran tuan dalam majlis tersebut adalah untuk membincangkan permohonan peruntukan bagi membina/membaiki surau, membina balairaya dan juga permainan kanak-kanak. Disamping itu juga dapat membincangkan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan masalah penduduk. Kerjasama dan perhatian pihak tuan terhadap  perkara ini diucapkan jutaan terima kasih.

JAWATANKUASA 2011-2012

JAWATANKUASA 2011-2012
PERSATUAN PENDUDUK ISLAM TAMAN PUTRA SAGIL LEDANG JOHOR
(No. Pendaftaran:  3316-11-JHR )

Selasa, 11 Oktober 2011

Masej Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Putra

Assalammualaikum wbrt. dan Selamat Sejahtera.

Kepada penduduk Taman Putra, Tangkak yang saya hormati dan kasihi. Saya berharap dan berdoa kepada Allah swt semoga seluruh penduduk Taman , Tangkak di dalam keadaan sihat dan ceria selalu disamping keluarga, jiran-jiran dan sahabat-handai.

Alhamdulillah, dengan usahasama serta kerjasama Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Penduduk Islam Taman Putra Ledang, , dapatlah Persatuan Penduduk Taman Putra menjalankan aktiviti pertamanya iaitu Majlis Mesyuarat Agung kali Pertama pada 15 hb. Oktober iaitu pada hari Ahad .

Di kesempatan ini, saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Islam Taman Putra ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan penduduk, Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Penduduk Islam  Taman Putra. Saya juga berharap agar kerjasama ini akan berterusan pada aktiviti-aktiviti yang akan pihak persatuan jalankan pada masa yang akan datang.

Sekian, salam hormat dari saya.

Wassalam.

”PENDUDUK BERSATU, MASYARAKAT CEMERLANG”

Yang menjalankan tugas,

ALi Sa
Pengerusi 


Isnin, 10 Oktober 2011

NOTIS MESYUARAT AGUNG KALI KE-1(PERTAMA) PERSATUAN PENDUDUK ISLAM TAMAN PUTRA SAGIL LEDANG JOHOR

Tarikh               :      15 hb Oktober  2011(Sabtu)
Masa                :     9.00 Malam
Tempat             :    No 203 Taman Putra Sagil Tangkak
                                        
3. Tuan/puan/saudara/saudari, adalah dijemput hadir bagi memenuhi tanggungjawab yang telah ditetapkan dibawah Fasal 8, Perlembagaan Persatuan ini.